Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu  dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin  mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,  berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda  akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang  matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan  anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan  anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah  professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang  yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang  bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda  berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka  bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi  and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang  sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan  keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and  mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda  seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh  mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua  kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab  dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat  agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai  masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda  sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi  anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda  perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati  orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan  hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya  anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.  Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa  harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda  adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat  degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda  kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah  orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan  membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa  berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda  kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan  menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi  daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau  bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal  anda adalah no.1, 8.
no.5
—-
Anda sangat popular dalam  komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.  Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda  terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan  kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga  akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan  seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan  kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap  mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda  adalah no.1 , 2, 9.
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk  menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya  ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam  pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati  (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras  rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada  anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.  Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah,  adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda  adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan  kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira  dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni  dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun  demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda  meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga  kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan  untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus  dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang  memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.  Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini  telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan  keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan  kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan  berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda  juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat  bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
—-
Anda  adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.  Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang  yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh  menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia  yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila  usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan  hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan  kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model  teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Like Yaa, And Thank You Sbb Sudi Bace Dan Follow Blog Saya. ! Tinggal Kan Coment Anda Di Bawah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Ala Coment Laa Kat Sini:
Catat Ulasan